BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 20, 2011

just want to share an article about me from a third person view

Lahirnya tuan empunya badan pada 30 haribulan 3, tahun 1991 tepat jam 4.30 petang di Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur. Sebut sahaja nama Amin, boleh dikatakan satu komuniti kewartawanan di Kolej Ikip mengenalinya. Bukan sebab kecemerlangan mahupun sumbangan dia di kolej,tapi atas sebab kenakalan dan kedegilannya  ditambah pula dengan penampilannya yang agak tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat di kolej mahupun di persekitaran luar.

Tapi apa yang menarik minat saya adalah tentang semangat perubahan yang telah dipaterikan dalam dirinya kebelakangan ini, yang nampaknya mulai membuahkan hasil sedikit demi sedikit. 

Saat sesi temubual bersama,terasa macam sedang bersantai bersama keluarga. Datang perasaan seperti sedang berbual bersama seorang yang layak dipanggil abang. Hilang rasa segan dan gemuruh saya yang pada awalnya begitu memuncak sebaik sahaja sesi temujanji telah ditetapkan. Dengan penampilan bersahaja,berseluar pendek dan berkemeja-T, berselipar jepun, langsung tidak peduli dengan trend-trend remaja masa kini. Ini adalah satu nilai yang harus dicontohi oleh setiap golongan remaja masa kini yang sibuk mengejar trend gaya pemakaian masa kini lebih daripada tanggungjawab-tanggungjawab yang harus diutamakan.

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini adalah seorang yang begitu peramah dan sentiasa berfikiran terbuka,sentiasa yakin bahawa kekerasan adalah bukan satu jalan pada penyelesaian sebuah masalah dan juga seorang pengamal tidur petang ini adalah salah seorang yang tersenarai dalam ‘dean list’ di Ikip International college  semester lepas. Saya bertanya apa rahsianya, jawapannya cukup bersahaja, “buang rasa malas, buang rasa benci, dan senantiasa cuba untuk memaafkan kesalahan orang lain terutamanya pada guru kita,kerana tiada manusia yang sempurna, masing-masing ada kelemahan diri” konteks guru yang dimaksudkannya adalah cukup meluas, iaitu pada setiap orang yang pernah mengajar kita, terutamanya pada pensyarah dan pada ibu bapa kita.

Berkisar tentang latar belakang keluarga pula, dia tampak begitu bersemangat untuk menceritakan perihal keluarganya. Mempunyai seorang bapa yang cukup hebat dari segi membesarkan anak-anaknya, Prof. Madya Dr Hafidzi Bin Mohd Noor adalah seorang pensyarah di sebuah institut Pengajian Tinggi Awam, Universiti Putra Malaysia(UPM) dan juga pengarah kepada organisasi bukan kerajaan , Aqsa Sharif, yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan di Palestin.  

Dia yang lebih mesra memanggil bapanya dengan panggilan ‘abi’,juga bertanggapan bahawa kita tidak perlu mencari idola jauh sehingga ke pelusuk dunia sekalipun sekiranya kita ada sang bapa yang hebat di mana telah mendidik dan membesarkan kita tanpa mengira penat dan lelah. Itu pun sudah cukup memadai untuk dijadikan idola pada setiap insan.Ibunya pula, Puan Zuraidah Binti Kornain bekerja di sebuah syarikat swasta yang dikerajaankan, Tenaga Nasional Berhad, sebagai  seorang jurutera dan safety and health officer. Ibunya juga mempunyai kebolehan dalam masakan kampong dan juga pakar dalam membuat desert atau manisan-manisan barat.

Selain itu, dia juga mempunyai dua orang abang dan seorang adik perempuan yang sentiasa berkongsi masalah dan juga bersama membantu antara satu sama lain. Tambahnya lagi, jadikanlah keluarga kita sebagai kawan yang paling rapat sekali dalam hidup, jangan ketepikan mereka seolah kita tidak memerlukan mereka, kerana kelak, di mana kita berada, di atas mahupun di bawah, keluarga  jugalah yang sentiasa berada di belakang kita. Dan keluarga jugalah tempat kita berkongsi kejayaan dan kesusahan, ujarnya.

Anak muda ini yang beratnya sudah mencecah 75kilogram ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Al-Amin bangi dan Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga,dia adalah seorang yang agak aktif dalam sukan suatu masa dahulu, pernah mewakili Bandar Baru Bangi dalam sukan bola sepak dan juga bermain badminton dalam peringkat daerah Hulu Langat bawah dua belas tahun. 

Namun kejayaan dia dalam bidang sukan tidak bertahan lama apabila tangan kanannya patah dan terpaksa bercuti panjang selama tiga bulan. ‘dan disitulah bermulanya titik hitam pergolakan remaja yang sedang mencari identiti’ .”Saya mula kenal rokok, mula bergaul dengan golongan yang kurang sihat dan akhirnya penglibatan saya kepada gejala-gejala sosial yang dianggap cool dan hebat pada masa itu” tambahnya lagi.

Bagi anak muda ini,saat yang paling sukar adalah kala berada di alam persekolahan menengah, berpindah randah sekolah, dan juga permulaan banyak penglibatannya dalam gejala yang kurang sihat yang padanya agak mengaibkan dirinya sendiri dan mengganggap ia sebagai satu titik sejarah kehidupan yang lalu, yang banyak mengajarnya tentang kehidupan. ‘dalam dosa dan taubat itulah sebenarnya baru kita kenal kehidupan’ katanya lagi.

Tergelak besar apabila ditanyakan tentang kekuatan dan kelemahan dirinya.Sedangkan dirinya sendiri belum mengetahui sepenuhnya akan kekuatan dirinya,’Tanya mak saya’ ujarnya, kerana ibubapalah yang betul-betul mengenali anak mereka sendiri. Disamping mempunyai kekuatan dalam bidang penulisan dan berkebolehan dalam mengambil hati orang ramai, dia juga mempunyai banyak kelemahan yang jika dinyatakan adalah umpama membuka pekung di dada sendiri, ujarnya. Katanya,salah satu kelemahan dalam dirinya adalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tidak menentu. “agak sukar bagi kita untuk sentiasa merasa yakin dalam diri kita apabila kita dikelilingi orang-orang yang hebat dalam hidup kita,tapi itulah cabarannya”.

Seorang yang begitu berminat dalam bidang permotoran dan mekatronik ini berkata, minat seorang manusia ini sebenarnya sentiasa berubah mengikut tahap kematangan umur,’semakin dewasa kita, makin matanglah minat kita’. Apabila ditanya tentang hobinya, dia menjawab snooker. Kerana permainan snooker ini adalah sesuatu yang agak mencabar,memerlukan penggunaan mental yang sepenuhnya,disamping melatih tahap kordinasi dan ketepatan kita apabila memukul bola putih yang dinamakan ‘quebal’. ‘Sebenarnya permainan snooker ini adalah satu seni ,siapa yang tidak tahu main itulah yang rugi. Tapi apabila diselitkan unsur perjudian, itulah yang membawa lebih banyak kemudaratan lebih daripada kebaikan.

Tambahan pula,anak muda 20an ini adalah seorang yang cukup berprinsip dan paling benci pada orang yang malas dan selalu memandang negative dalam hidup.  Sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan juga rakan-rakan yang agak kecundang di usia muda ini. Bagi saya, tutur dan perkataan adalah bukan satu bentuk contoh nasihat yang berhasil,tapi adalah dengan perbuatan,ubah diri kita dahulu, baru orang boleh lihat dan menjadikan kita contoh,tambahnya lagi.

Seterusnya adalah mengenai pandangan politik pula, padanya nilai politik di Malaysia ini semakin merudum sehinggakan boleh dikategorikan sebagai politik kotor malahan muncul pula istilah-istilah yang lebih teruk seperti politik lucah dan politik seks. Dia amat berpegang teguh pada kata-kata Bob Marley, iaitu seorang ahli muzik dimana tidak semua ahli politik boleh memuaskan kita, tapi undilah pada yang lebih boleh dipercayai. 

Justeru itu, melihat pada keadaan pemerintahan masa kini yang penuh dengan korupsi, maka kita sendiri mengetahui mana satu yang lebih wajar kita letakkan kepercayaan kita. Menyentuh isu politik, dia sebolehnya cuba untuk meringkaskan jawapannya, kerana tidak mahu menyentuh sensitivity orang lain, dia juga begitu menghormati pandangan orang lain tentang isu politik ini, baginya, berdebatlah dengan ilmu,bukan dengan emosi, sekiranya kita kurang ilmu,maka adalah lebih baik jika kita diam.Walaupun kita tahu kita benar.Tapi diam bukanlah bermaksud tidak mengambil tahu lagi apa yang berlaku disekeliling,tapi dengan perbanyakkan bacaan’ujarnya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘panjang’ antara rakan-rakannya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis yang hebat seperti ayahnya, dia mengambil langkah untuk menjadi seorang wartawan dahulu sebagai platform baginya untuk mencapai cita-citanya itu dahulu disamping memiliki kebolehan menaip dengan laju.  Ini juga adalah satu platform baginya untuk menjadikan dirinya seorang wartawanan yang hebat satu masa nanti,sendanya lagi.

Menyentuh soal bahan pembacaan pula, dia menjawab,”saya akan cuba juga membaca apa-apa sahaja buku selain Harry Potter”. Bahan bacaan yang diminati adalah buku-buku komik,malahan dia juga mempunyai banyak koleksi buku komik di rumah, melihat reaksi wajah saya yang bertukar sebaik sahaja mendengar jawapannya, dia terus menerangkan bahawa buku komik adalah satu bentuk penenangan hati baginya, untuk menghilangkan stress selain daripada bersukan dan menjalani aktiviti-aktiviti luar. ‘kalau bab bacaan ilmiah pula saya lebih senang dengan kaedah segalanya dihujung jari anda,’ tambahnya lagi apabila diajukan soalan tentang bahan-bahan bacaan yang lebih bersifat ilmiah dan berinformasi.

Peminat ‘kipas susah mati’ cerita sains fiksyen Transformers ini juga pernah mewakili pertandingan choral speaking di sekolah dan juga pertandingan masakan antara taman perumahan. ‘bagi saya itu perkara waktu saya kecik dulu,sekarang skill-skill tu semua dah hilang”.

Sebaik sahaja selesai sesi temubual saya dengannya,dia terus bangun dan lantas membayarkan segala bil yang berada diatas meja, dalam hati saya berkata, di mana lagi kita hendak berjumpa dengan seorang yang begitu humble dan berbesar hati seperti dia.

“ Jangan pernah berhenti untuk membuat kebaikan, tapi jangan sesekali ingin mencuba sesuatu keburukan.” Pesannya lagi pada anak muda masa kini yang semakin rosak dengan pelbagai gejala sosial  yang semakin merunsingkan negara ini yang bakal mencapai wawasan 2020.


KE BINTANG

0 comments: