BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 9, 2011

friends they means a lot to me.

aku jarang bercerita tentang kawan2 aku.
kawan2 aku adalah diri aku juga, buruk baik mana kawan2 tu, itulah yang seharusnya kita nilai pada diri kita sendiri.
dan kali ini. aku sangat terkesan. aku sangat terharu dan aku sangat terasa.

belum pernah lagi ade seorang kawan aku yang membuatkan aku terkesan, sehinggakan air mata yang sudah sudah lama tidak mengalir ini, akhirnya tewas juga pada hari ini.

dia telah pergi. pergi mulakan hidup baru membawa seribu satu masalah.

terus terang ramai kawan2 aku yang aku kenal dalam keadaan yang begitu hina sekali,
itulah jodoh dan pertemuan,
namun dengan kawan2 hina inilah yang sering bersama saat suka dan duka.
yang jujur, dan sangat telus dalam bersahabat.

dahulu aku sering berfikir, 'siapa lagi yang mahu terima kita seadanya, yang memahami masalah jiwa kita jika bukan org dalam kalangan kita sendiri', namun aku silap. jika kita sendiri yang tidak berfikiran terbuka, membenarkan yang lain utk menyelami,mendalami kehidupan kita, sampai bila2 pun kita akan terjerat dalam masalah yang sama. berulang-ulang kali.

friends come and go. ramai yang aku korbankan demi perubahan. 
jika bukan kawan yang pergi, aku yang pergi. 
telus hati, pentingkan diri juga adalah satu cara untuk hidup, 
namun adalah satu kebaikan jika kita dapat menjaga hati kawan2 disekeliling kita. 
dan disitu aku tewas. aku sangat lemah dalam menjaga kawan-kawan ku.

ada yang rosak kerana aku, ada juga yang berubah atas nasihat aku.
ada yang meneruskan hidup, dan ada juga yang 'pergi' dihadapan mata aku.

Bangi ,Kluang dan Kuantan banyak mengajar aku.
erti satu perhubungan ,bukan sahabat, bukan rakan.
tapi sangat ringkas. kawan. 



a short typing with tears :' )

KE BINTANG

Thursday, September 22, 2011

from zero to hero

rasa mcm semalam pulak aku berada dalam kalangan freshie2 sem1,
sekarang ni dah semester5.dah masuk finale year.
jadi haruslah bila anda telah menjejakkan kaki ke alam super senior ni, 
maka bertimbunlah tanggungjawab dan kerja-kerja didalam kelas,
mahupun yang di luar bidang pengetahuan dan batas kita.
itulah yang dinamakan persediaan untuk kita menghadapi alam pekerjaan di keesokan hari nanti.

so sebenarnya aku nak kongsikan satu gmbr.
haha.ni gambar ak tangkap curi2 dekat billboard kolej.
yela xkan nak tangkap gmbr depan2 org ramai,
tahula muka kita ni yg jarang2 naik kat papan kenyataan  kan.

so penerangan pada gambar ni,
ini senarai nama berserta sekeping gmbr bersaiz pasport dean list kos kewartawanan di kolej ikip.
nampak my pic there, yang kiri dekat bawah.
haha buat julung2 kalinya, gmbr aku ade dekat senarai dean list tuw.
(yang atas aku tu junior aku,wany,then kanan die adalah muiz,one of the great weapon in my organization, and bawah dia tu mira)

sekali tatap, memang xpercaya. dua kali tatap, inilah hakikatnya,
tuhan sedikit sebanyak sudah menjawab doa orang ramai disekeliling aku,
tidak pernah aku merasakan kejayaan yang begitu besar,suatu pencapaian yang amat boleh aku simpan dalam diri sebagai satu kenangan yang indah dalam life aku sebagai seorang student yang belum pernah aku merasai selama dua puluh tahun aku belajar. yewr kenapa>pasti ade hikmahnya.

daripada orang panggil aku mat rempit, mat sereng,  
sekarang orang panggil aku mat dekan,
but dalam kelas, muncul gelaran mat fakta oleh rakan2 bff aku yg nakal-nakal belaka.
tapi sedar xsedar,aku dah banyak berubah, 
sememangnya kita takut sebenarnya nak melakukan perubahan itu,
tapi dalam diam xdiam, kita yang sudah banyak berubah mengikut kesesuaian matang umur.
jadi jangan takut untuk berubah.orang sekeliling akan sentiasa menyokong anda.

walaupun bende ni da agak basi sebenarnya cerita dekan ni,
sepatotnye aku post awal-semester ni lagi, tapi aku sombong dgn blog aku ni,
aku buat xreti jer dgn die,
mcm blog ni xwujud plak dalam hidup aku.
 thanx to capital 'A' sebab telah memberikan aku inspirasi untuk terus menulis dalam blog 
:) 

kegagalan di hari ini,bukan selamanya,
kejayaan di hari ini juga bukan untuk selamanya.
jadi teruskan berusaha untuk mendapat yang terbaik dalam hidup.
'be from zero to hero'



KE BINTANG







Tuesday, September 20, 2011

just want to share an article about me from a third person view

Lahirnya tuan empunya badan pada 30 haribulan 3, tahun 1991 tepat jam 4.30 petang di Pusat Rawatan Islam Kuala Lumpur. Sebut sahaja nama Amin, boleh dikatakan satu komuniti kewartawanan di Kolej Ikip mengenalinya. Bukan sebab kecemerlangan mahupun sumbangan dia di kolej,tapi atas sebab kenakalan dan kedegilannya  ditambah pula dengan penampilannya yang agak tidak boleh diterima oleh segelintir masyarakat di kolej mahupun di persekitaran luar.

Tapi apa yang menarik minat saya adalah tentang semangat perubahan yang telah dipaterikan dalam dirinya kebelakangan ini, yang nampaknya mulai membuahkan hasil sedikit demi sedikit. 

Saat sesi temubual bersama,terasa macam sedang bersantai bersama keluarga. Datang perasaan seperti sedang berbual bersama seorang yang layak dipanggil abang. Hilang rasa segan dan gemuruh saya yang pada awalnya begitu memuncak sebaik sahaja sesi temujanji telah ditetapkan. Dengan penampilan bersahaja,berseluar pendek dan berkemeja-T, berselipar jepun, langsung tidak peduli dengan trend-trend remaja masa kini. Ini adalah satu nilai yang harus dicontohi oleh setiap golongan remaja masa kini yang sibuk mengejar trend gaya pemakaian masa kini lebih daripada tanggungjawab-tanggungjawab yang harus diutamakan.

Anak ketiga daripada empat orang adik beradik ini adalah seorang yang begitu peramah dan sentiasa berfikiran terbuka,sentiasa yakin bahawa kekerasan adalah bukan satu jalan pada penyelesaian sebuah masalah dan juga seorang pengamal tidur petang ini adalah salah seorang yang tersenarai dalam ‘dean list’ di Ikip International college  semester lepas. Saya bertanya apa rahsianya, jawapannya cukup bersahaja, “buang rasa malas, buang rasa benci, dan senantiasa cuba untuk memaafkan kesalahan orang lain terutamanya pada guru kita,kerana tiada manusia yang sempurna, masing-masing ada kelemahan diri” konteks guru yang dimaksudkannya adalah cukup meluas, iaitu pada setiap orang yang pernah mengajar kita, terutamanya pada pensyarah dan pada ibu bapa kita.

Berkisar tentang latar belakang keluarga pula, dia tampak begitu bersemangat untuk menceritakan perihal keluarganya. Mempunyai seorang bapa yang cukup hebat dari segi membesarkan anak-anaknya, Prof. Madya Dr Hafidzi Bin Mohd Noor adalah seorang pensyarah di sebuah institut Pengajian Tinggi Awam, Universiti Putra Malaysia(UPM) dan juga pengarah kepada organisasi bukan kerajaan , Aqsa Sharif, yang memperjuangkan isu-isu kemanusiaan di Palestin.  

Dia yang lebih mesra memanggil bapanya dengan panggilan ‘abi’,juga bertanggapan bahawa kita tidak perlu mencari idola jauh sehingga ke pelusuk dunia sekalipun sekiranya kita ada sang bapa yang hebat di mana telah mendidik dan membesarkan kita tanpa mengira penat dan lelah. Itu pun sudah cukup memadai untuk dijadikan idola pada setiap insan.Ibunya pula, Puan Zuraidah Binti Kornain bekerja di sebuah syarikat swasta yang dikerajaankan, Tenaga Nasional Berhad, sebagai  seorang jurutera dan safety and health officer. Ibunya juga mempunyai kebolehan dalam masakan kampong dan juga pakar dalam membuat desert atau manisan-manisan barat.

Selain itu, dia juga mempunyai dua orang abang dan seorang adik perempuan yang sentiasa berkongsi masalah dan juga bersama membantu antara satu sama lain. Tambahnya lagi, jadikanlah keluarga kita sebagai kawan yang paling rapat sekali dalam hidup, jangan ketepikan mereka seolah kita tidak memerlukan mereka, kerana kelak, di mana kita berada, di atas mahupun di bawah, keluarga  jugalah yang sentiasa berada di belakang kita. Dan keluarga jugalah tempat kita berkongsi kejayaan dan kesusahan, ujarnya.

Anak muda ini yang beratnya sudah mencecah 75kilogram ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Al-Amin bangi dan Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga,dia adalah seorang yang agak aktif dalam sukan suatu masa dahulu, pernah mewakili Bandar Baru Bangi dalam sukan bola sepak dan juga bermain badminton dalam peringkat daerah Hulu Langat bawah dua belas tahun. 

Namun kejayaan dia dalam bidang sukan tidak bertahan lama apabila tangan kanannya patah dan terpaksa bercuti panjang selama tiga bulan. ‘dan disitulah bermulanya titik hitam pergolakan remaja yang sedang mencari identiti’ .”Saya mula kenal rokok, mula bergaul dengan golongan yang kurang sihat dan akhirnya penglibatan saya kepada gejala-gejala sosial yang dianggap cool dan hebat pada masa itu” tambahnya lagi.

Bagi anak muda ini,saat yang paling sukar adalah kala berada di alam persekolahan menengah, berpindah randah sekolah, dan juga permulaan banyak penglibatannya dalam gejala yang kurang sihat yang padanya agak mengaibkan dirinya sendiri dan mengganggap ia sebagai satu titik sejarah kehidupan yang lalu, yang banyak mengajarnya tentang kehidupan. ‘dalam dosa dan taubat itulah sebenarnya baru kita kenal kehidupan’ katanya lagi.

Tergelak besar apabila ditanyakan tentang kekuatan dan kelemahan dirinya.Sedangkan dirinya sendiri belum mengetahui sepenuhnya akan kekuatan dirinya,’Tanya mak saya’ ujarnya, kerana ibubapalah yang betul-betul mengenali anak mereka sendiri. Disamping mempunyai kekuatan dalam bidang penulisan dan berkebolehan dalam mengambil hati orang ramai, dia juga mempunyai banyak kelemahan yang jika dinyatakan adalah umpama membuka pekung di dada sendiri, ujarnya. Katanya,salah satu kelemahan dalam dirinya adalah mempunyai tahap keyakinan diri yang tidak menentu. “agak sukar bagi kita untuk sentiasa merasa yakin dalam diri kita apabila kita dikelilingi orang-orang yang hebat dalam hidup kita,tapi itulah cabarannya”.

Seorang yang begitu berminat dalam bidang permotoran dan mekatronik ini berkata, minat seorang manusia ini sebenarnya sentiasa berubah mengikut tahap kematangan umur,’semakin dewasa kita, makin matanglah minat kita’. Apabila ditanya tentang hobinya, dia menjawab snooker. Kerana permainan snooker ini adalah sesuatu yang agak mencabar,memerlukan penggunaan mental yang sepenuhnya,disamping melatih tahap kordinasi dan ketepatan kita apabila memukul bola putih yang dinamakan ‘quebal’. ‘Sebenarnya permainan snooker ini adalah satu seni ,siapa yang tidak tahu main itulah yang rugi. Tapi apabila diselitkan unsur perjudian, itulah yang membawa lebih banyak kemudaratan lebih daripada kebaikan.

Tambahan pula,anak muda 20an ini adalah seorang yang cukup berprinsip dan paling benci pada orang yang malas dan selalu memandang negative dalam hidup.  Sentiasa cuba untuk memperbaiki diri dan juga rakan-rakan yang agak kecundang di usia muda ini. Bagi saya, tutur dan perkataan adalah bukan satu bentuk contoh nasihat yang berhasil,tapi adalah dengan perbuatan,ubah diri kita dahulu, baru orang boleh lihat dan menjadikan kita contoh,tambahnya lagi.

Seterusnya adalah mengenai pandangan politik pula, padanya nilai politik di Malaysia ini semakin merudum sehinggakan boleh dikategorikan sebagai politik kotor malahan muncul pula istilah-istilah yang lebih teruk seperti politik lucah dan politik seks. Dia amat berpegang teguh pada kata-kata Bob Marley, iaitu seorang ahli muzik dimana tidak semua ahli politik boleh memuaskan kita, tapi undilah pada yang lebih boleh dipercayai. 

Justeru itu, melihat pada keadaan pemerintahan masa kini yang penuh dengan korupsi, maka kita sendiri mengetahui mana satu yang lebih wajar kita letakkan kepercayaan kita. Menyentuh isu politik, dia sebolehnya cuba untuk meringkaskan jawapannya, kerana tidak mahu menyentuh sensitivity orang lain, dia juga begitu menghormati pandangan orang lain tentang isu politik ini, baginya, berdebatlah dengan ilmu,bukan dengan emosi, sekiranya kita kurang ilmu,maka adalah lebih baik jika kita diam.Walaupun kita tahu kita benar.Tapi diam bukanlah bermaksud tidak mengambil tahu lagi apa yang berlaku disekeliling,tapi dengan perbanyakkan bacaan’ujarnya.

Dia yang lebih mesra dengan panggilan ‘panjang’ antara rakan-rakannya bercita-cita untuk menjadi seorang penulis yang hebat seperti ayahnya, dia mengambil langkah untuk menjadi seorang wartawan dahulu sebagai platform baginya untuk mencapai cita-citanya itu dahulu disamping memiliki kebolehan menaip dengan laju.  Ini juga adalah satu platform baginya untuk menjadikan dirinya seorang wartawanan yang hebat satu masa nanti,sendanya lagi.

Menyentuh soal bahan pembacaan pula, dia menjawab,”saya akan cuba juga membaca apa-apa sahaja buku selain Harry Potter”. Bahan bacaan yang diminati adalah buku-buku komik,malahan dia juga mempunyai banyak koleksi buku komik di rumah, melihat reaksi wajah saya yang bertukar sebaik sahaja mendengar jawapannya, dia terus menerangkan bahawa buku komik adalah satu bentuk penenangan hati baginya, untuk menghilangkan stress selain daripada bersukan dan menjalani aktiviti-aktiviti luar. ‘kalau bab bacaan ilmiah pula saya lebih senang dengan kaedah segalanya dihujung jari anda,’ tambahnya lagi apabila diajukan soalan tentang bahan-bahan bacaan yang lebih bersifat ilmiah dan berinformasi.

Peminat ‘kipas susah mati’ cerita sains fiksyen Transformers ini juga pernah mewakili pertandingan choral speaking di sekolah dan juga pertandingan masakan antara taman perumahan. ‘bagi saya itu perkara waktu saya kecik dulu,sekarang skill-skill tu semua dah hilang”.

Sebaik sahaja selesai sesi temubual saya dengannya,dia terus bangun dan lantas membayarkan segala bil yang berada diatas meja, dalam hati saya berkata, di mana lagi kita hendak berjumpa dengan seorang yang begitu humble dan berbesar hati seperti dia.

“ Jangan pernah berhenti untuk membuat kebaikan, tapi jangan sesekali ingin mencuba sesuatu keburukan.” Pesannya lagi pada anak muda masa kini yang semakin rosak dengan pelbagai gejala sosial  yang semakin merunsingkan negara ini yang bakal mencapai wawasan 2020.


KE BINTANG

Sunday, May 15, 2011

guruku~~

aku terbaca post orang2 dlm facebook.selamat hari guru

aku tersenyum..
 xbanyak sebenarnya kenangan yang indah2 dan manis2 antara aku ngn guru2 zaman sekolah nie..
pernah aku dimaki oleh cikgu matematik aku,
'celake kau amin'~ aku pun lagilah,dah nampak cikgu mcm tuw,
masuk mood memberontak la aku.
isunya kes aku shuffle dlm kelas, 
tyme tu kelas die,mane xmngamuk die~ ~
dan semenjak tu ak jadi semakin benak dlm ilmu hisab ni. haha

dalam aku teringat segala wajah guru2 aku ni, 
fikiran aku terhenti sebentar pada satu wajah kecik manis dalam ingatan ni.
muallimah roslina kami panggil dulu.
waktu tu aku darjah empat.
aku dulu memang cukup xminat la dalam bidang2 kokurikulum nie,
apetah lagi dlm bidang2 yg memerlukan kita bercakap dihadapan org ramai an..
tapi cikgu dgn selambe je masukkan nama aku dlm satu kelab pidato ni.
mule2 mana mau aku berinteraksi dlm kelab tuw. tp cikgu cakap cube dulu.
sedikit demi sedikit aku berlatih. 
dan lama2 tu aku mule berkeyakinan
first try bentangkan ucapan aku depan org ramai 
tyme event ape aku xingat, 
tapi tajuknye 'kepentingan menyimpan wang didalam bank'
haha budak darjah empat pnya speech, tahu2 jela camne.. 
ayat smua buat sendiri tuw~
dan lepas tu cikgu pun mule yakin dgn diri aku dan mule acu aku sedikit demi sedikit.
then dia asah bakat menulis aku, 
setiap minggu aku kene submit dua buah karangan lebih 120 patah perkataan kat die.
darjah 4 dulu nak buat krgn sepanjang tu mmg sakit,
tp ak setia buat.
nakal2 camne pun ak ikot jugak cakap die.
pernah sekali aku kantoi curi duit koperasi dulu,tp die yang cover aku.
sebab tu aku cukup sayang dan ikut cakap die.
Ya Allah, arwah lah yang banyak menyokong dan menghidupkan bakat dalam diri aku nie.
semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.seandainya arwah tahu akan pencapaian aku kini,insyaallah mesti dia bangga dan tugasnya untuk mendidik sudah berjaya. tanpa arwah,mungkin aku tidak berada di tahap yang begini dan mungkin juga aku sendiri tidak tahu yang aku boleh menulis dan bercakap.

ALFATIHAH

anyway,selamat hari guru buat semua guru-guru di dunia.


KE BINTANG

Saturday, May 14, 2011

in memories. WRR3450



jantung hatiku, penyuku, dunhillku, awekku,
apelagi yang aku boleh ungkapkan..,, 
post untuk blog aku yang dah lama aku abaikan kali ini adalah
memang lahir telus daripada hati kecil aku ni..
memang aku terasa betul dengan kehilangannya,
walaupun dia xbernyawa, xberjantung, 
tapi bagiku,
dia tetap hidup dalam diri aku.
setelah macam2 yang aku lalui dengannya.
balai. eksiden, segala kemungkaran, segala kebaikan,
semuanya aku sertakan bersama,,,
WRR3450, kau bukan sahaja aset bagiku
malahan kau lebih drpd seorang sahabat bagiku,
tapi adatlah,fitrah, manusia ini hanya akan mengenali erti bersyukur
selepas apa yang disayanginya ditarik semula oleh yang maha Esa.
aku redha,pasti ade hikmah disebalik kejadian semua ini.
kepada individu yang terlibat dalam sindiket curi motor ini, 
aku doakan moga pintu hatinya dibuka, untuk bertaubat,
selagi masih ada waktu..
so enough with the typing. let the pictha do the talk ok.
serba sedikit perkongsian kisah aku,dia dan c kuda merah/biru.
                                                                                    


raya 2008
road to lepar hilir
mase amek result SPM
LL4G 
pancit...kl-kuantan
jentera dan alam smula jadi
kemaman-kuantan
mat rempit kajang.haha.2008


orang-orang tua cakap, what goes around comes around.
kisah lampau2... 
xmungkin aku berpatah balik ke zaman dahulu
aku redha dengan setiap yang berlaku.
pasti ada hikmahnya.
insuran.here i come.gimme moneyh..
KACING2

KE BINTANG

Tuesday, January 25, 2011

lama sudah~

halu semua.
sudah sekian lame atok tinggalkan halaman blog atok ni,
law pakai bahase jargonnye da berhabuk blog atok ni sebab sudah lame tidak disinggahi..
xde idea sebenarnye nak post ape nie,tp biarla post kali ni sebagai pembukaan tok blog atok nie yg sudah lame tidak diupdatekan.yewr aku tlupe password aku sbnrnye..huuu sedeyh:(

tgk skang da makin rmi plak yg da ade blog, so kalu boleyh atok pun xnak la ketinggalan dlm arus perblog'an dlm kalangan manusia kini,lagipun mesti ramai cucu2 atok yg rindu ngn blog atok nie kan..huhu

orait..esok luse baru updatelagi k..bye


KE BINTANG